Monday 27 December 2010

Hati

hati sering tersalah tafsir
mata memandang zahir
hati bagai di titir
mata melihat cantik
hati terus terusik
lalu berbisik
berbolak-balik
akallah yang cerdik
menentukan buruk dan baik


Abdullah Tahir
Disember 2010

Tuesday 7 December 2010

HIJRAH CEMERLANG
Tahun 1432
Karya : Al-Mukhlis, Ibnu 'abdir-rahim
(Pehin Abdul Ghani Rahim)

Hijrah kini menjelang
Membawa bersamanya tekad gemilang
Hormat menjadi insan cemerlang
Iman dan taqwa tinggi dijulang

1431 Hijrah meninggalkan kita
Membawa bersamabya berbagai cerita
Kisah gembira dan juga derita
Bermanfaat dikenang serta dinista

Yang baik jadikanlah tauladan
Yang buruk pula jadikanlah sempadan
Makan dan minum biar berpadan
Usah memudaratkan akal dan badan

Tahun mendatang penuh cabaran
Perlu dihadapi penuh kesabaran
Perjuangkan ugama dan kebenaran
Walaupun terpaksa menghadapi kesukaran

Kita berhijarah menuju kecemerlangan
Menjana wawasan memacu kegemilangan
Berusaha menuju ke arah kemenangan
Walaupun menempuh berbagai halangan


Baiturrahmi, Jerudong
1 Muharram 1432
6 Disember 2010

* Disiarkan di blog ini dengan keizinan YDM Pehin Abdul Ghani Rahim



 
Get Free 3 Column Templates Here