Tuesday 25 September 2012

Mencipta Kesejahteraan Rakyat



dan
dia peneroka ke depan
membersihkan segala kekeliruan
dengan jelas nyata setelah
negara ini mengamalkan sunnah
yang jitu lalu pada landasan
yang nawaitunya tidak goyah
satu dan satu lagi
menyingkap jalan yang lurus
tanpa ragu tekadnya semakin kukuh
pada baldatun tayibatun warabun ghafur
bermula dengan MIB
bertiti kepada zikir
membungkus kemas dengan segala macam falsafah
amalan segenap rakyat dan penduduknya
dengan kepercayaannya
tertancap kukuh pada bumi darussalam
akan semakin bergemalah
di setiap sudut hati dan nurani
peribumi yang berlindung di bawah payungnya
bahawa tiada akan ada lagi
antara kita terlepas tanggungjawab
pada mengesa-Nya
setelah titah suci dan murni
dari hatinya yang hening
dalam mencipta kesejahteraan rakyat
dan mencari syurga-Nya
agar bahagia di dunia
aman di akhirat

Abdullah Tahir
25 September 2012

Monday 17 September 2012

Sekeping Roti Sebuah Negeri
ini sekeping roti
yang bergizi dan berkalori
rezeki dari Ilahi
kenapa mesti direbuti
mari kita nikmati
sama-sama berampiti
tak perlu berkelahi
di depan rezeki
jangan dihancuri roti ini
kita tangani
dengan akal dan budi
sama-sama kita rasai
waima semut melata di bumi
apalagi yang berakal manusiawi

ini sekeping roti
bagaikan sebuah negeri
tempat kita hidup dan mati
kenapa harus direbuti
mari kita tadbir dengan hati dan nurani
bersih dan suci
melalui firman dan hadis nabi
kembali kepada Ilahi
hormati ulil amri pemerintah negeri
yang adil lagi bestari
agar hidup kita diberkati
sebagai khalifah di dunia ini
tak akan selamanya kita di sini
kerana akhirat menanti
tempat kita diadili
seadil-adilnya oleh Ilahi


Abdullah Tahir
18 September 2012

Monday 10 September 2012

Seharum Kesturi ii



Indera Buana siap menanti
Singgahsana Seharum Kesturi
Seorang puteri cantik berseri
Bak mentari bersinar pagi

Rinjis-rinjis di pilis
Di tepungi air mawar
Bersemayam seindah majlis
Di hati dan minda sukar di gambar

Tersusun jari mengatur doa
Inainya merah terlekat di jari
Pohon restu Pengantin Diraja
Kukuhkan iman tetapkan hati

Duduk bersanding mata menjeling
Terukir indah senyumnya puteri
Rakyat bersatu tak akan pangling
Saat bahagia tetap dinanti


Abdullah Tahir
11 September 2012

Seharum Kesturi


 
 
 
 
bagaikan haruman kesturi
wanginya menyimbah seluruh negeri
sejarah akan tercatat lagi
perkahwinan di raja seorang puteri.

gendang dan titir turut dipalu
rakyat gembira setelah tahu
mulut menyebut hati terharu
memohon doa kepada yang Satu
semoga mempelai mendapat restu
bahagia dan rukun akan di tuju
sehingga kekal ke anak cucu.

bersemayam manis di singgah sana
perkahwinan di raja sungguh sempurna
ibarat malam bulan purnama
akan dikenang selama-lamanya.


Abdullah Tahir
8 September 2012


* Kutulis puisi ini sempena Istiadat Perkahwinan Puteri DiRaja
yang bakal menjelang tak berapa lama lagi.

Saturday 8 September 2012

Restunya Menimang Sisa

apalah ertinya bunga-bunga mekar
ditaburi pada keringat bersalut lumpur
pada mereka yang mencurahkan setianya
sedang harum dan warnanya tersimpan
pada peti emas yang berkunci rapat
dan mereka tak akan bisa memanfaatnya
sedangkan mereka tiada jambangan dan ruang
meletakkan bunga-bunga yang semakin layu
meskipun masih ada tangkai kecut dan kering
kumbang dan rama-ramapun
tak akan sudi menyeri
kerana madu dan serinya
entah disembunyikan di mana
andaipun ditaburi pada pusara
air yang berlarut wangian
tetap saja mengasingkan diri
tidak akan ada kompromi
walau tujuan dan matlamatnya satu
janganlah direstui mereka menimang sisa
sedang bumi yang terhampar hijau
adalah amanah-Nya yang bukan tawar-tawaran
dan pada merekalah sebenarnya
kemanisan yang menjadi kemegahan
yang harum dan wanginya memenuhi ruang
pada hati dan fikir
pada mata dan rasa
pada yang melata dan merayap
yang rezekinya tetap terpahat


Abdullah Tahir
9 September 2012

Monday 3 September 2012

Pengundang Hujan

di sini keadaan terasa panas dan rengsak
ketenteraman hati tergugah
bernanah meski tak parah
berdiri di atas tanah sendiri diusap gundah
bagaikan ada awan-awan hitam megah
menyusup pada ladang-ladang hijau
mengongsi warisan leluhur yang aman dan makmur
merubah alir sungai tenang yang damai
dengan arus yang bukan budaya jati
lingkungan pun gusar tidak sedia menadah tangan
bagaikan tsunami mengancam kota
yang terbina atas keringat berlandas keluarga
bermukim dan berkampung
bersalut adat dan budaya dari warisan
yang tak lapuk dik panas
tidak jua lekuk dik hujan
dan kini ada isyarat rengsak yang semakin dekat
merubah biasa yang teramali kukuh
bertaut satu demi satu dan padu
lalu akan bagaimanakah tanah yang kecil ini
untuk di halakan oleh pengemudinya
sedang dalam sampan yang sarat
ada yang mengundang hujan...?


Abdullah Tahir

4 September 2012

 
Get Free 3 Column Templates Here