Thursday 29 July 2010

Ya Rabbi

kalau saja dapat kuundur usia ini
akan aku bermula dari mengerti di agah
bayangkan betapa aku mongel comel dan montel
adoh aku dipeluk dicium dan disayangi
diasuh dijaga setiap waktu
tangis dan tawaku 
adalah penawar 
duka dan suka ibu bapaku
ya rabbi
aku pasti tidak akan menjalani kehidupan sebagini
yang putih kelabu dan yang hitam
melingkari diri
kini dan waktu ini
mampukah diri menghadapMu
tanpa sebarang cacat dan calar
ya rabbi
terimalah taubatku


Abdullah Tahir
Julai 2010

Thursday 22 July 2010

Saksi Kasihmu

bermula di muara
kasih terucap
hanya kerana seketul harap
bagi sebuah kehidupan
membina rumah kaca
yang bingkainya dari kerawang emas
lalu titik itupun segar
kini terlalu sukar
untuk ditidakkan
lihatlah
sekelilingmu yang tak terbatas
dari sebesar debu
disapu
menjadi ketul emas
untuk keluarga negara sendiri
dan anak-anak kita
megah menjadi tuan
sedang dibalik rumah kaca
masih ramai menggigit jari
terlepas akal
dan harap
kita terus tidak mampu menidakan
kerana masih ada yang mengiakan
begitulah
dan begitulah
hingga rumah kaca
menjadi saksi kerana kasihmu

Abdullah Tahir
23 Julai 2010

Kesetiaan

kesetiaan itu
hanyalah ungkapan untuk kesenangan
lahir setelah ada dibalik makna yang tersirat
ketika mencipta hajat
apalah erti kesetiaan
sedang di sudut mata dan hatinya lereh
yang harapnya tidak kesampaian
lalu kesetiaan itupun di rongga amarah
dan khianatpun menutup murninya
dunia kesetiaannya berlalu
dan kelabu


Abdullah Tahir
21 Julai 2010

Saturday 17 July 2010

Bait dan Olahmu

Maka berkampunglah 
para pencinta dunia sastera Melayu Nusantara 
dalam sebuah gedung timbok moden  atas nama PPNIV 2010
yang diluar sana terbentang kehijauan alam dan kehidupan 
yang akan dilestarikan dalam lingkup bait-bait sajak 
yang semakin jelas menjadi gangguan tangan-tangan 
yang ingin merosakan ujudnya kehijauan 
demi harga sebuah pembangunan moden 
lalu akhirnya genarasi akan datang akan kehilangan sumber.
Wahai para pencinta dan pereka sastera 
yang  bait-bait dan tingkah olahmu sukar dimengertikan 
lalu bagaimanalah masyarakatmu akan bisa mengerti 
akan wacanamu yang kau sampaikan
kalau tidak dilestarikan
kepada masyarakat
mu


Abdullah Tahir
17 Julai 2010

Monday 12 July 2010















Gejolak Mata

rumput oh rumput
hijau warnamu menyejukkan mata
indahkan alam ciptaan-Nya
tetiba hijaumu menjuluk gejolak mata
panjangmu hampir ke dada
tak terpeduli di bahu jalan kanan dan kiri
walau dipotong hari-hari mu bagai tak ditangani
hijau serimu tak bererti lagi
kau umpama pengotor negeri


Abdullah Tahir
13 Julai 2010

Thursday 8 July 2010

Bukan Pintaku

umpama angin lalu
jejakmu tidak berbekas
kau hanya sempat menitipkan kerlingan
dalam kegawatan waktu
tanpa bicara




adakah ini saat terakhir
dalam pertemuan trajis yang bukan pintaku
andainya suratan takdir begitu
janganlah kau tinggalkan sendumu
yang nantinya menjadi fatamorgana dalam hidupku
cukuplah kenangan indah
yang tercipta bersama heningnya malam

Abdullah Tahir
8 Julai 2010

Monday 5 July 2010













Ruang dan Harapan

suatu saat kau akan berada dipersimpangan
antara menggalas lapar perut dan kebencian
saat di mana kau rasa tiada ruang
bila hak mu semakin kurang

kau telah diajar bercakap benar
dengan segolong ijazah dan sijil
mengasah bakat dan kemampuan
bagi sebuah kehidupan 
yang dihadapannya ruang harapan

justeru ruang dan harapan semakin kurang
kau pun tidak mampu untuk menentang
walau sekecil apapun kesempatan
tidak akan jadi milikmu
kerana hidup ini 'pantas-pantasan'

kembalilah kepada fitrah
bukan untuk secupak tidak jadi segantang
atau bukan juga menanti yang pipih datang melayang
ruang dan harapan masih terbentang
tinggal lagi jangan beratkan tulang
kerana rezeki sukar dibilang


Abdullah Tahir
6 Julai 2010

Thursday 1 July 2010

Rafeah Buang - Disebut Jangan diKenang Jangan

 
Get Free 3 Column Templates Here