Semalam saya sempat mengikuti ceramah sempena awal hijrah 1431 di masjid kampung saya selepas maghrib. Penceramah didatangkan oleh Pusat Dakwah Islamiah. Saya tertarik hati bila penceramah mengungkap yang mesyarakat tidak lagi mengamalkan sikap bermucang-mucang, sedangkan amalan bermucang-mucang adalah suatu yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Saya amat tersentuh dengan hal ini. Memang benar masyarakat kampung yang dulunya bergotong royong, sering membantu dalam melaksanakan sesuatu kegiatan, majlis-majlis dan seumpamanya sudah tidak banyak lagi kelihatan. Alangkah sayangnya budaya yang amat berharga ini. Semacam sudah tidak adalagi keharmonian dan kemesraan berkampung dan bermasyarakat.
Friday, 25 December 2009
Tuesday, 22 December 2009
Teh C
Secawan teh C
sudah cukup memanaskan kerusi
berdiskusi
seawal pagi
berkisar hal seluruh negeri
Mahunya yang ini
caranya beginikenapa sampai macam ini
buatlah begitu begini
tidak payah dibanguni
ini negara kitani
kalau bukan kitani
siapa lagi
Secawan teh C pekat
berdua bertiga di meja bulat
kiri kanan mendengar dan melihat
rasa meluat
banyak mengumpat dari bertaubat
Si anu disebut
si polan pun ikut
semuanya berserabut
tidak semuanya yang patut
ada saja yang bantut
bersahut-sahut
semua berkata patut
kerana mereka banyak mulut
tidak takut menyebut
waima ditunggu maut
Abdullah Tahir
Mei 2006
Sunday, 20 December 2009
Itulah Aku
Wanita
kalau aku kaku didepanmu
lalu tunduk melihat sepatu
membiarkan kau terus berlalu
itulah aku
yang keliru malu dan ragu
yang takut kalut menganyam cinta
yang serik ngeri memintal rindu
yang daif menyimpul kasih
Biarkan mataku kelabu
waimah kalang diusap debu
aku tahu apa ada di situ
jalanan yang banyak berliku
pesan ibu selalu dahulu
ingat pada yang Satu
dan itulah aku
Wanita
kalau aku kaku didepanmu
lalu tunduk melihat sepatu
membiarkan kau terus berlalu
bukan bererti aku membencimu
bukan juga hipokrit pada wanitamu
itulah aku
yang takut menggoda dan tergoda
yang galat menyapa dan disapa
dan aku arif apa yang ada di situ
Abdullah Tahir
April 2005
SAJAK
sedang jejakmu di gigi air
tiada lagi di situ
dan pasir yang basah itu
tiada hentinya dicumbu
oleh dampar ombak yang tiada ganas pun
meski dalam lembut dan keras
tiada jua tsunami
yang mengukir sejarah duka
senaandung indah pun lenyap
Akan kaubiarkah
ombak ganas mengikis butir pasir
lalu
yang tinggal peristiwa indah
mengulum kisah uda dan dara
dan pasir-pasir itu
mesra ditapak kaki suci berkasih
memahat janji manis dan sumpah setia
lalu
anak-anak zaman dipersalahkan
yang bukan maunya
Jangan kaujagakan igau semalam
kerana butiran pasir tiada lagi indahnya
akar-akar gagah pun tiada kuat
memintal cumbuan ombak
yang lembut dan kerasnya
sentiasa di situ
tanpa mengikut waktu
Dan kini
kau hanya mampu
menghitung camar-camar lalu
di atas benteng batu
sambil sendumu tenggelam di situ
terhempas di batu
bersama dampar ombak yang berlagu
dan benteng batu itu
adalah jitu
Abdullah Tahir
Danau
29 Januari 2008