Di Benteng Batu
Apa lagi yang dapat disaksikan
sedang jejakmu di gigi air
tiada lagi di situ
dan pasir yang basah itu
tiada hentinya dicumbu
oleh dampar ombak yang tiada ganas pun
meski dalam lembut dan keras
tiada jua tsunami
yang mengukir sejarah duka
senaandung indah pun lenyap
Akan kaubiarkah
ombak ganas mengikis butir pasir
lalu
yang tinggal peristiwa indah
mengulum kisah uda dan dara
dan pasir-pasir itu
mesra ditapak kaki suci berkasih
memahat janji manis dan sumpah setia
lalu
anak-anak zaman dipersalahkan
yang bukan maunya
Jangan kaujagakan igau semalam
kerana butiran pasir tiada lagi indahnya
akar-akar gagah pun tiada kuat
memintal cumbuan ombak
yang lembut dan kerasnya
sentiasa di situ
tanpa mengikut waktu
Dan kini
kau hanya mampu
menghitung camar-camar lalu
di atas benteng batu
sambil sendumu tenggelam di situ
terhempas di batu
bersama dampar ombak yang berlagu
dan benteng batu itu
adalah jitu
sedang jejakmu di gigi air
tiada lagi di situ
dan pasir yang basah itu
tiada hentinya dicumbu
oleh dampar ombak yang tiada ganas pun
meski dalam lembut dan keras
tiada jua tsunami
yang mengukir sejarah duka
senaandung indah pun lenyap
Akan kaubiarkah
ombak ganas mengikis butir pasir
lalu
yang tinggal peristiwa indah
mengulum kisah uda dan dara
dan pasir-pasir itu
mesra ditapak kaki suci berkasih
memahat janji manis dan sumpah setia
lalu
anak-anak zaman dipersalahkan
yang bukan maunya
Jangan kaujagakan igau semalam
kerana butiran pasir tiada lagi indahnya
akar-akar gagah pun tiada kuat
memintal cumbuan ombak
yang lembut dan kerasnya
sentiasa di situ
tanpa mengikut waktu
Dan kini
kau hanya mampu
menghitung camar-camar lalu
di atas benteng batu
sambil sendumu tenggelam di situ
terhempas di batu
bersama dampar ombak yang berlagu
dan benteng batu itu
adalah jitu
Abdullah Tahir
Danau
29 Januari 2008
1 ulasan:
fuh....kelas sajak ni tuan
tuan ni penyajak hebat....
Post a Comment