Sunday 18 December 2011
















Mencari Titik Pertemuan

terhakis rasa cintaku
menanti di hujung malam
cahayamu tetap di situ tak terjangkau
kau tak pernahpun memeluk
jauh sekali jatuh keribaanku
tak teringin pula menjadi pungguk
merayumu sambil berhiba-hiba
kerana bukan keranamu aku tiada
tak terlintaspun kau ada akupun ada
kalau andainya sudah ditakdirkan
aku bagaikan memerlukanmu
patutkah aku menolak takdir
yang pastinya tiada siapapun tahu
kalau DIA saja yang mengetahui
perlukah kita mulai
mencari titik pertemuan diri

Abdullah Tahir
10 Ogos 2011

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here