KHALIFAH
gelap
pun berinsut lalu
setelah
awan gemawan berarak
meninggalkan
dermaga bisu dan sepi
di jejarinya
terpahat sebuah rencana
lengkap
bersama gagasan
dari
wacana yang padu
dari
sebuah keberangkalian
jelas
dalam sebuah kandil dan pelita
bahawa
dunia ini ‘kan berubah
demikianlah
dia
hari-harinya
adalah air yang mengalir
sentiasa
jernih dari sebuah sumur iman
demi
janji yang terpikul
sebagai
amanah dan khalifah
ke
jalan yang lurus
-didikasiku sempena Hari Guru
Abdullah Tahir
13 April 2012
0 ulasan:
Post a Comment