Monday, 10 September 2012

Seharum Kesturi


 
 
 
 
bagaikan haruman kesturi
wanginya menyimbah seluruh negeri
sejarah akan tercatat lagi
perkahwinan di raja seorang puteri.

gendang dan titir turut dipalu
rakyat gembira setelah tahu
mulut menyebut hati terharu
memohon doa kepada yang Satu
semoga mempelai mendapat restu
bahagia dan rukun akan di tuju
sehingga kekal ke anak cucu.

bersemayam manis di singgah sana
perkahwinan di raja sungguh sempurna
ibarat malam bulan purnama
akan dikenang selama-lamanya.


Abdullah Tahir
8 September 2012


* Kutulis puisi ini sempena Istiadat Perkahwinan Puteri DiRaja
yang bakal menjelang tak berapa lama lagi.

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here