Monday, 15 April 2013
Utusan Api Di Hujung Lidah
kauutus api di hujung lidah
membakar hangus rasa muhibah
hangatnya merubah mesra
lembar-lembar fitnahpun terwarna
menghias keras setiap hati yang bernanah
dengan apa lagi kaupadamkan amarah
sedang kerikil tajam memijar panas
benderangnya menjilat semua arah
tiada sezarah mengundang dingin
sekalipun tersimbah firman dan hadis
menghapus waham mainan iblis.
kauutus api di hujung lidah
bahangnya menghancurkan benar
menegakkan mungkar
kepalsuan terdedah semakin parah
menjana siksa di pintu kubur.
Abdullah Tahir - 15 April 2013
Dicatat oleh Masbi Ar di 06:53
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment