Tuesday, 6 March 2012


Tikas Ke Semangat Batu Pualam

tikasnya masih bertugu di hati
hingga kini
mengapang di tunggul mati
saat-saat berdiri di dini hari
telah terukir sejarah negeri
dan kamilah saksinya
dengan kalimah membesarkan ilahi
gegap gempita romapun berdiri
tanda keluruhan hati
mensyukuri rahmat terbebas diri
andai benar kami dijajahi.

setelah 28 tahun
masihkah bergurindam dan berpantun
duduk di pantaran melihat alun
saat malam merenung bulan
mengumpul beribu angan.

tercari-cari menempatkan diri
mahu mengemudi atau menuruti
sedang diri anak peribumi
tak 'kan terus-terusan membuntuti
bagaikan diri hilang peribadi
di rumah sendiri.

megahlah bak bendera
walau tak berkibar tetap berharga
kekal dipuncak tiang
baik malam maupun siang
tetap berjasa dan disanjung
keperibadian negara terus terhitung
kitalah penyokong dan pengusung
dari bandar ke pelusuk kampung.

bangkitlah meski berakit
gugurkan keringat walau tak likat
tanjakkan semangat di bumi berdaulat
bangkitkan obor pantang undur
kita galas tanpa rasa culas
pada bumi darussalam
jadikan batu pualam.


Abdullah Tahir
6 Mac 2012

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here