Wednesday, 10 November 2010

 









Batu-Batu

batu-batu bisu yang kaku
indaku jamu besamamu
biar kau begelugut dan bekematu
setiap saat dan waktu
kalau sasak rasaku
aku hampir besamamu
membawa piluku
apalagi kalau ku rindu

ispun tah kau bisu
ku dangar kau belagu
bila bayu menampar mua mu
macam besiul seruling bambu
alangkah bisai menjadi batu
sepertimu nada mengganggu
orang pulang suka arahmu
tampat duduk sambil menunggu

batu-batu bisu yang kaku
kau pun benama inda betantu
jong batu gua batu jambatan batu
kepala batu jerawat batu dan otak batu
selain atu
batu nisan batu kelikir batu pengasah
batu ekar batu rambat dan batu permata
apapun gelaranmu
kau membatu
bisu
memang tah ismu mu

di pantai di sungai
kau menjadi binting
menahan hakisan jangan pantai
dan tabing tepelanting
pemancing pun sanang disiring-siring
beceracak kail inda bising-bising
ispun inda belurih katanya ising-ising
jangan kepala paning dan pusing

batu-batu bisu yang kaku
ku dangar cerita zaman dulu
kononnya pernah belaku
kau ani berbagai asal kejadianmu
antah banar antah tipu
ahli kaji batu pun membisu macam kedikau
membuat orang ragu
befikiran khurafat inda betantu
selain tanah karas menjadi batu
kononnya anak durhaka pun menjadi batu
disumpah menjadi batu oleh seorang ibu
jong kayu menjadi batu
kerana anak inda mengaku ibu
tumbung piasau betukar menjadi buntat batu
dijadikan batu cincin mengganti permata batu

batu-batu bisu yang kaku
kalau ku sedih dan pilu
aku hampir arahmu
duduk betalaku
membuang waktu
sama-sama tah ketani bisu


Abdullah Tahir
10 November 2010

Monday, 8 November 2010

Tiada Sewangi Syurga

kau kah yang menabur bunga di atas sejadahku
tiadapun aku tercium wanginya sepanjang sujudku
tiada kupinta halus tanganmu menadah doa
cukuplah degup hatiku berhadapan dengan-Nya
kerana ku tahu Dia lebih mengetahui keikhlasan hati
walau sederas apa airmataku gugur
tidak akan ada restu dari-Nya
kerana zahirnya belum tentu menusuk ke batin
janganlah kau harapkan bunga yang bertabur itu
akan memalingkan janjiku kepada-Nya
kerana tiadapun ia sewangi harumnya syurga
kembalilah bermuhasabah diri
andai lidahmu basah dan suci
tiada di dunia syurga menanti


Abdullah Tahir
8 November 2010

Saturday, 6 November 2010

Kembali Aku Kepada-Mu

dalam basah dan dingin
wudukku meresap bersama khusyukku
dan kekuatan mental yang padu
ku hadapkan seluruh jasad dan hati
dengan keimanan yang bulat
ku lontarkan kalimah
takbiratulihram
maha suci Engkau
yang memberikan aku segala kekuatan
dan keyakinan
tegak menghadap-Mu
di atas sejadah
membawa aku ke arah-Mu
berkata-kata
demi sebuah keredhaanku
sebagai makhluk
yang Engkau kuasai
Allahuakbar

dalam sujudku
tanpa kata
ku mohon keampunan dosa-dosaku
yang nyata dan tidak nyata
kembalikan aku kepada fitrah-Mu
demi sebuah syurga yang aku dambakan
tiada daya dan upayaku
selain dari keizinan-Mu


Abdullah Tahir
6 November 2010

Friday, 5 November 2010

Seperti Semula

sepiku pergi bersama renyai hujan
setelah bermastautin berbilang waktu di kamar ini
tiada bicara dan sapaan indah
menyalut resah hati
yang mulanya ku dambakan setulus salji putih
bening cinta
darimu

telah tiba masanya kukunci hati
di saat ini
biarlah kita tutup bicara
dengan kata
selamat tinggal
selamanya

andai hujan esoknya
kita bukan lagi siapa-siapa
antara kita
tiada perlu lagi bicara
kembalilah
seperti semula


Abdullah Tahir
6 November 2010

Thursday, 4 November 2010

Rindu Bertugu

dalam kabus yang kelabu
kulayangkan sehelai daun waru
bertulis tinta biru
tercoret didalamnya wahana rindu
pergilah bersama angin bayu
pasti kau tau distinasimu

dalam kabus yang kelabu
kulayangkan sehelai daun waru
dari sebuah lembah yang berliku
saat minit jam hari dan minggu
setia ku menunggu
dalam rindu yang satu
raguku masih bertugu

dalam kabus yang kelabu
kulayangkan sehelai daun waru
dipohonnya pernah kutulis sesuatu
goresnya msih di situ
kiranya ada waktu
datanglah bertemu
berteduh dirimbun waru
kita cipta lagi titian rindu


Abdullah Tahir
4 November 2010

Monday, 1 November 2010

Sesekali Jauh

kalau sesekali jauh darimu
rasanya bagai baharu
bila bertemu
- jamah pipimu
- jamah hidungmu
- kucup bibirmu
- cium harummu
- peluk badanmu

kalau sesekali jauh darimu
rasanya bagai baharu
bila bertemu
- indah bahasamu
- lembut olahmu
- sopan katamu
- cantik gayamu

kalau sesekali jauh darimu
rasanya bagai baharu
bila bertemu
- tak jemu melihatmu
- tak lepas darimu
- tak terbangun darimu

kalau sesekali jauh darimu
rasanya bagai baharu
bila bertemu 
- sayang rasanya
- rindu rasanya
- kasih rasanya
- cinta rasanya

kalau sesekali jauh darimu
rasanya bagai baharu
bila bertemu
buat selalu
bila tak bertemu
rindupun menggebu


Abdullah Tahir
1 November 2010

Ada Dan Tiada

tidak apa kalau kau belum bersedia
masih panjang waktu membuka minda
masih luas ruang tempat berbicara
cuma jangan lupa
waktu bergerak pantas
ruang sedia akan sempit
jangan sampai tersepit
dan terhimpit

tidak apa kalau kau belum bersedia
kami tunggu kau di sana
dengan minda terbuka
pada ruang yang ada
cuma jangan lupa
kau bukan siapa-siapa
kami pun sama saja
kita serupa

tidak apa kalau kau belum bersedia
kerana kami tau kau siapa
tapi kau belum tau kami siapa
kau hanya satu
sedang kami mungkin dua mungkin tiga
tunggulah bila bersemuka
kita tuntas segala bicara
pada waktu dan ruang yang ada

tidak apa kalau kau belum bersedia
kami tunggu hingga kau sedia
kami tau kau akan tiada
kiranya kami tiada ada
kami ada
kau pasti tiada
kerana itu kami sedia
bila-bila saja


Abdullah Tahir
1 November 2010

 
Get Free 3 Column Templates Here