Ada Dan Tiada
tidak apa kalau kau belum bersedia
masih panjang waktu membuka minda
masih luas ruang tempat berbicara
cuma jangan lupa
waktu bergerak pantas
waktu bergerak pantas
ruang sedia akan sempit
jangan sampai tersepit
dan terhimpit
tidak apa kalau kau belum bersedia
kami tunggu kau di sana
dengan minda terbuka
pada ruang yang ada
cuma jangan lupa
kau bukan siapa-siapa
kami pun sama saja
kita serupa
tidak apa kalau kau belum bersedia
kerana kami tau kau siapa
tapi kau belum tau kami siapa
kau hanya satu
sedang kami mungkin dua mungkin tiga
tunggulah bila bersemuka
kita tuntas segala bicara
pada waktu dan ruang yang ada
tidak apa kalau kau belum bersedia
kami tunggu hingga kau sedia
kami tau kau akan tiada
kiranya kami tiada ada
kami ada
kau pasti tiada
kerana itu kami sedia
bila-bila saja
Abdullah Tahir
1 November 2010
0 ulasan:
Post a Comment