Tiada Sewangi Syurga
kau kah yang menabur bunga di atas sejadahku
tiadapun aku tercium wanginya sepanjang sujudku
tiada kupinta halus tanganmu menadah doa
cukuplah degup hatiku berhadapan dengan-Nya
kerana ku tahu Dia lebih mengetahui keikhlasan hati
walau sederas apa airmataku gugur
tidak akan ada restu dari-Nya
kerana zahirnya belum tentu menusuk ke batin
janganlah kau harapkan bunga yang bertabur itu
akan memalingkan janjiku kepada-Nya
kerana tiadapun ia sewangi harumnya syurga
kembalilah bermuhasabah diri
andai lidahmu basah dan suci
tiada di dunia syurga menanti
Abdullah Tahir
8 November 2010
0 ulasan:
Post a Comment