Thursday, 22 July 2010

Saksi Kasihmu

bermula di muara
kasih terucap
hanya kerana seketul harap
bagi sebuah kehidupan
membina rumah kaca
yang bingkainya dari kerawang emas
lalu titik itupun segar
kini terlalu sukar
untuk ditidakkan
lihatlah
sekelilingmu yang tak terbatas
dari sebesar debu
disapu
menjadi ketul emas
untuk keluarga negara sendiri
dan anak-anak kita
megah menjadi tuan
sedang dibalik rumah kaca
masih ramai menggigit jari
terlepas akal
dan harap
kita terus tidak mampu menidakan
kerana masih ada yang mengiakan
begitulah
dan begitulah
hingga rumah kaca
menjadi saksi kerana kasihmu

Abdullah Tahir
23 Julai 2010

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here