Monday, 5 July 2010













Ruang dan Harapan

suatu saat kau akan berada dipersimpangan
antara menggalas lapar perut dan kebencian
saat di mana kau rasa tiada ruang
bila hak mu semakin kurang

kau telah diajar bercakap benar
dengan segolong ijazah dan sijil
mengasah bakat dan kemampuan
bagi sebuah kehidupan 
yang dihadapannya ruang harapan

justeru ruang dan harapan semakin kurang
kau pun tidak mampu untuk menentang
walau sekecil apapun kesempatan
tidak akan jadi milikmu
kerana hidup ini 'pantas-pantasan'

kembalilah kepada fitrah
bukan untuk secupak tidak jadi segantang
atau bukan juga menanti yang pipih datang melayang
ruang dan harapan masih terbentang
tinggal lagi jangan beratkan tulang
kerana rezeki sukar dibilang


Abdullah Tahir
6 Julai 2010

1 ulasan:

copynpaste said...

antara...
masa depan mereka
dan....harapan kita

 
Get Free 3 Column Templates Here