sayang
renyai hujan telah teduh
matahari kembali bersinar
kulihat ada pelangi di matamu
kentalkan hatimu
meniti jalan yang berliku
tapaki onak dan duri setabah mungkin
bukan senang mencari bahagia
tak juga susah untuk mencari damai
betulkan nawaitumu
bahawa hidup ini mencari redha-Nya
bahawa hidup ini penuh pahala dan dosa
bahawa akhirat adalah destinasi terakhir
sebelum penentu ke syurga atau neraka
kiranya kau terserempak silap
belum terlambat menapak kebelakang
segerakan mengucap istighfar
Dia pasti mendengar
sayang
renyai hujan telah teduh
matahari telah bersinar
jangan biarkan matamu berpelangi
fukoskan hala tujumu
bahawa hidup ini
bukan waktunya berteka-teki
tentukan dirimu ke kanan atau ke kiri
kerana waktu pantas datang dan pergi
Abdullah Tahir
23 Ogos 2012 - 4 Ramadan 1433
0 ulasan:
Post a Comment