Thursday 30 August 2012

Di Hujung Helai Rambut

ada rindu di hujung helai rambutmu
saat kibarnya dicumbu angin
tersulamlah sebuah janji
dan lembar-lembar bicarapun terungkap manis
menghantarnya ke garis cinta
menadah seribu harap
bersama pelangi petang
pada noktah sebuah wangian syukur

Abdullah Tahir
29 Ogos 2012

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here