Aku Tau
( .............ilham dari sajak orang berdosa pena mohammad rajab)
hari itu aku baca "sajak orang berdosa"
getarnya menembusi awan hitam
berkelambu di Taman Selera
lalu berderai
membuatkan aku terasa
adakah kerana bulan retak seribu
dan aku kegelapan sendiri
mencari jalan pulang
hari itu aku baca "sajak orang berdosa"
getarnya menembusi ke dada bumi
berkelambu di Taman Selera
lalu menjunam
membuatkan aku terasa
adakah kerana bintang berkecai
dan aku kelabu sendiri
dalam fikir yang bercelaru
hari itu aku baca "sajak orang berdoa"
getarnya menggores bumi
berkelambu di Taman Selera
lalu menutup wangi pagi
membuatkan aku terasa
adakah kerana awan mencakar bumi
dan aku terluka sendiri
parutnya tiada yang tau
hari itu aku baca "sajak orang berdosa"
biar getarnya menembusi awan
biar getarnya menembusi bumi
biar getarnya menggores bumi
aku tak 'kan kegelapan
aku tak 'kan kelabu
aku tak 'kan terluka
kerana aku tau jalan pulangnya
kerana aku tau menyingkap rahsianya
kerana aku peniti usia
saatnya kita akan bertemu
walau sesaat di bibir mata
Abdullah Tahir
5 Jun 2010
Saturday, 5 June 2010
Dicatat oleh Masbi Ar di 11:59
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 ulasan:
saya juga peniti usia , tuan
..semoga allah mengampuni saya....
akan dosa2 saya...
Yang sempurna itu hanya kekasih Allah, kita cuma berusaha untuk mengikuti perintahNya semampu yang boleh.....
Post a Comment