Bangsaku Kelabu
Kelabukah kini bangsaku
gamaknya berpijak dibirai waktu
bagaikan mekar menunggu layu
bagaikan irama tanpa lagu
mimpi indahpun tidak menentu
dan yang sekarungpun tinggal sesaku
budayawan dan pencinta bangsa terkidu
menyorok diri membawa malu
mulut terkunci terus membisu
siapakah menadah tangan pintanya berlagu
umpama menunggu di kolam madu
Abdullah Tahir
1 Julai 2010
2 ulasan:
mmm..ye tuan
bangsa kita...
ape lah penyudahnye
Saya terpinga bila ada rakan bertanya "Melayu kah kita?". Sedang Hang Tuah mengatakan tak akan Melayu hilang di dunia......
Post a Comment