Jong Batu
Jong Batu tercipta
oleh masinnya doa seorang ibu
yang hatinya tersayat sembilu
angkara anaknya yang malu mengaku
sedang tulang daging dan darahnya
adalah lahir dari darah susu
seorang ibu yang amat rindu
yang lahirnya digendong dipangku
bersengkang mata sambil berlagu
agar si anak tidak terganggu
nyaman beradu
Jong Batu tercipta
oleh masinnya doa seorang ibu
yang hatinya tersayat sembilu
merayu kepada Allah yang satu
agar ditunjukkan berkah seorang ibu
sebagai penentu
kepada seorang anak yang angkuh
derhaka
tidak mengaku seorang ibu
yang kasihnya
semakin layu
Abdullah Tahir
20 Jun 2010
2 ulasan:
si tanggang la ni...
mantap sajak tuan ''jong batu '' ni...
Terima kasih kerana terus mengikuti puisi-puisi saya...pada masa ini gejala buang anak sering terpapar di akhbar, untung saja anak-anak malang tersebut tidak mendoakan ayah dan ibunya menjadi batu. Di Malaysia terdapat kesah si Tanggang, di Brunei pula Nakhoda Manis.....
Post a Comment