Wednesday, 15 February 2012

Bukan Sepah Yang Hilang Manis

mari kita jengah mereka
tersembunyi menaruh jasa
dalam suasana susah payah
merentas bukit dan lurah
berhadapan segala bencana
walau jauh ke pedalaman yang tak ternama
- demi anak bangsa yang dahagakan ilmu
- demi negara dan ugama
- demi kehidupan diri dan keluarga
akur dengan cabaran
kerana sumpah dan kesetiaan
walau sekadar mengira membaca dan menulis
umpama membetulkan jalan berbaris
ada waktunya ceria berabis
tak kurang pula dilanda stress
kekadang lembut kekadang bertarais
kerjapun dikira beres
tak terbayang jasanya akan dikuis
tak akan minta walau mengemis
anggap saja kenangan manis
bukannya sepah yang hilang manis


(Sempena Hari Guru NBD Ke-21 2011)


Abdullah Tahir

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here