Thursday, 16 February 2012


Bukan Sekadar Pelengkap
 
hadirmu dalam hidup bukanlah sekadar pelengkap
bagi sebuah kehidupan yang sepi
disedari kesepian dan kesunyian itu amat menyiksa
dan saat-saat rindu yang sering menggamit kalbu
bagaikan dalam kelam mencari cahaya
menuntuni laluan hidup yang samar dan sukar

hadirmu dalam hidup bukanlah sekadar pelengkap
bagi menyeri-sinarkan sebuah rumah yang seadanya
disedari keindahan dan kesempurnaannya
memerlukan tangan-tangan lembut dan berjiwa besar
yang bisa mengaman-harmonikan sebuah kehidupan
dari seorang yang bernama isteri

hadirmu dalam hidup bukanlah sekadar pelengkap
bagi sebuah hasrat untuk menjadikan keluarga besar
yang akan meriuh-rendahkan suasana keluarga
dengan warna-warni kehidupan
disedari tanpamu mana mungkin akan hadir
beberapa insan yang menyambung zuriat mendatang
kerana kesuburan hijau ada di laman indahmu

hadirmu dalam hidup bukanlah sekadar pelengkap
bagi mencukupi makna peribadatan
yang disunnahkan
disedari denganmu menjadi  sumber kekuatan dan kesempurnaan
sebagai sebuah kota penangkis  dari godaan dan fitnah

dan
kembalilah kepada fitrahNYA
kerana hadirmu adalah segalanya
yang menjadi rahsiaNYA

Abdullah Tahir

0 ulasan:

 
Get Free 3 Column Templates Here