Tak Kenal Maka Tak Cinta
Selaku ahli jawatankuasa PTA saya sempat hadir dalam majlis Pertandingan Sudoku kali kedua di Sekolah Rendah Danau, Tutong pada 6 Mei yang baru lalu. Pertandingan yang disertai oleh pelajar-pelajar Tahun 6 di kawasan Tutong II itu memang mencabar keupayaan pelajar dari segi penyelesaian secara cepat dan pantas. Ada dua hal yang boleh dibanggakan dalam pertandingan ini, selain Sudoku suatu permainan bertunjangkan matematik, tetapi juga adalah kemampuan pelajar-pelajar menggunakan komputer/laptop. Ini suatu perkembangan sehat yang memacu pelajar-pelajar mengikuti kemajuan maklumat terkini sesuai dengan keadaan dunia sekarang.
Melalui perbincangan dan bual-bual santai bersama Tetamu Khas iaitu Pmk Penolong Pengarah Daerah di majlis hari itu, saya sempat menyuarakan kenapa masih berlarutan pelajar-pelajar Melayu dikaitkan dengan lemah dalam pelajaran matematik. Asas kepada pendapat ini memang ada. Saya sendiri tidak begitu baik dalam pelajaran ini. Tetapi setelah menjangkau umur yang ada sekarang saya bersetuju dalam beberapa komen PPPD itu kenapa pelajar Melayu khususnya yang bersekolah disekolah kerajaan lemah dalam pelajaran ini.
Isu ketidak-sempurnaan secara total tahap pengajaran seorang guru matematik yang menjdikan pelajar-pelajar tidak cinta dengan pelajaran ini memungkin pelajar menjadi lemah. Inipun menyangkut juga dengan kekerapan, peralatan, persediaan, suasana pembelajaran, mood, sikap dan apa saja yang menjadikan pelajar-pelajar itu menjadi seperti kata peribahasa "Tak kenal maka tak cinta".
1 ulasan:
satu ketika saya selalu juga main sudoku ni...
walaupun pun sudoku melibatkan angka2 namun pada saya puzzle ni lebih condong pada kecerdasan IQ dan logic..
pada saya kelemahan subjek matematik ni lebih pada attitude ...
murid kita bila berdepan dgn sedikit obstacle...dah malas nak fikir...
mereka pun tak nampak sabjek ni sebagai interesting...ia lah bak kata tuan....tak kenal maka tak cinta..
so rasa nye kita kena 'cintakan' mereka pada sabjek ni...
...bagaimana harus kita lakukan nye..ye tuan..
Post a Comment