Penceramah Bercakap Pendengar Berceramah
Ingatan yang dibuat oleh bilal sebelum khatib naik ke atas mimbar untuk berkhutbah sewaktu sembahyang fadu Jumaat amat elok dijadikan panduan, kata-kata " Apabila khatib naik ke atas mimbar, janganlah seseorang pun yang hadir berkata-kata, kerana barangsiapa yang bercakap atau berkata-kata sia-sialah ia dan tidaklah sempurna Jumaatnya", patut benar dijadikan ingatan.
Baru-baru ini saya menghadiri majlis ceramah sempena sambutan Mauludil Rasul. Saya anggap ceramah tersebut sebagai majlis ilmu. Memangpun setiap ceramah yang menyentuh hal-hal berkaitan dengan ketuhanan dan kenabian di dalam Islam sesungguhnya amat berharga dan berpahala. Apalagi bila sejarah dan perjuangan Nabi Muhammad saw menjadi topik dan agenda ceramah. Sepatutnya kita berusaha mengikutinya bila telah hadir ke majlis tersebut. Memang itulah tujuan untuk kita hadir.
Tetapi bila penceramah bercakap yang hadirpun bercakap sehingga suara cakap tersebut lebih besar daripada penceramah apa yang akan terjadi? Dan itulah yang terjadi ketika itu. Saya dan beberapa orang yang cuba mengikuti kandungan ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang diundang khas oleh pihak penganjur menjadi hilang fokus. Hilang penumpuan. Saya dan beberapa orang yang berhajat untuk mendapat ilmu itu menjadi sia-sia.
Ada beberapa hal yang mungkin terjejas bila keadaan ini terjadi. Selain diri kita sia-sia dan tidak mendapat apapun pahala dan pengetahuan dari ceramah yang dibentangkan oleh penceramah, penceramah mungkin saja terasa hati, pihak penganjur mungkin juga merasa tidak selesa sebagaimana yang hadir rasai, terutama yang duduk bersebelahan dengan yang bercakap. Hormatilah penceramah, hadirin yang lain dan bahkan pihak penganjur.
Saya tidaklah mempersoalkan apakah ceramah itu menarik atau tidak? Apakah penceramah berjaya menarik tumpuan pendengar atau tidak? Siapakah dia penceramahnya? Apapun keadaan tujuan kita hadir adalah untuk mendengar ceramah bukan kita yang berceramah. Tepuklah dada tanya selera.

2 ulasan:
ada setengah2 tu...
memang tak paham2...walau pun seringkali menerima ingatan....pada hari jumaat dan ketika yg lain..
ada kala ..kita kena cakap ...direct je...tuan..
'' Tuan2 ini majlis ilmu...menafaat bagi banyak orang....walau pun mungkin tak menarik bagi setengah orang....tapi tolong la diam....respek la sikit pada penceramah..''
mungkin MC kena sound dulu secara lembut sebelum mula acara....tak tau la.....
saya setuju..yg geramnya setengahnya tu pula yg berckap ni bukan yg tak reti bahasa, berpelajaran pula tu...dimana silapnya.
Post a Comment