Monday, 1 March 2010
Syafiah Humairah
(.........kau kurasa bagai darah dagingku)
dalam usiamu yang tak mengerti apa-apa
kau sepatutnya dibelai mesra
bukan didera
kau sepatutnya dilindungi
bukan ditendang
bukan dienjak
kau tidak tau apa-apa
tau mu hanya bahagia
tau mu hanya ketawa
tau mu hanya ada
dan kau gembira ceria
jika tiada
tau mu hanya menangis
meringis
sepatutnya kau dibelai mesra
kenapalah kau disiksa
apakah dosa
dan salahmu
hingga kau menderita
sekujur tubuh lembutmu
rosak binasa
bagai benda tidak berguna
merana
dan tak bernyawa
Syafiah Humairah
aku menangis
aku menangis
aku menangis
Syafiah Humairah
betapa azabnya kau
betapa siksanya kau
pasti kau tak tertanggung
pasti kau tak tertanggung
apalah kudratmu
hanya sekujur badan yang lembut dan comel
ya Allah
subhanaallah
hanya Allah lebih mengetahui
kesakitan dan penderitaanmu
hanya Allah lebih mengetahui
takdir yang menimpamu
Syafiah Humairah
doaku
bersemadilah kau dengan aman
tenang
janji Allah
pasti akan kau terima
sebaiknya
Abdullah Tahir
26 Februari 2010
Dicatat oleh Masbi Ar di 04:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
bapak setan orang yg mendera budak yg tak mengenal ape2 lagi tu.....
saya kalau dapat dia...saya pijak2 kepala dia ....tuan
syukurlah kerana kita tak seperti dia...
al fatihah buat syafiah humairah.
Post a Comment