Tuesday, 30 March 2010

Pewaris

ayahanda
kiranya kau dapat melihat
betapa anakmu
gagal membentuk warisan
dengan ilmu akhirat
dengan ilmu adab dan sopan
tentu kau kecewa
kerana anakmu
berada dalam kehebohan
internet
dan multimedia super coridor

ayahanda
kiranya kau dapat melihat
betapa anakmu
dalam igaunya
sering diulit zaman ayahanda
kudus dan murni
dalam arus kehidupan

ayahanda
alangkah bisainya
saat kehebohan internet
saat kelahirannya multimedia super coridor
warisanmu tidak alpa
bahawa ayahanda
adalah contoh pewaris


Abdullah Tahir
September 1997

3 ulasan:

Masbi Ar said...
This comment has been removed by the author.
copynpaste said...

tuan,

minta kebenaran...
nak copy sajak ni..



comment dah boleh masuk arr..hehe..

Masbi Ar said...

sdr...

Saya amat besar hati atas penghargaan ini, silakan sdr..!

 
Get Free 3 Column Templates Here